Audit, auditor..These two words mimpi ngeri for orang-orang kerja bahagian account. Why? Nantikan....πŸ‘€
 
Bagi orang luar dari bidang finance atau account bila dengar je 'Aku buat audit', 'Aku auditor' mesti akan bagi expression 'wuuu audit', 'Best tak?', 'Macam mana kau boleh kerja audit?' bla bla bla bla.... 
 
 
Persoalannya, benda -benda yg aku mention tdi tu betul ke??  Glamour ke pakai baju corporate pergi office orang dengan penuh confident and duduk dari pagi sampai petang dekat office orang smpai berhari-hari, berbulan bulan (big firms)??
 
The answer for those perceptions are...
ADA BETUL ADA SALAH!

KEHIDUPAN SEBENAR SEORANG AUDITOR
 
Tak senang jadi auditor and tak susah jadi auditor. Why? Jeng jeng...

Jadi seorang auditor ni jangan ingat senang. Segala ilmu kau kena tahu berkaitan dengan ekonomi semasa. Auditor ni la penentu sebuah company ni boleh dapat tender for any projects and nak tunjuk dekat investors current financial positions especially cash flows statement sebuah company. Fungsi investors ni utk apa? Mestilah untuk nak tambahkan capital company.

Tapi masalah paling besar yang auditor perlu hadap ialah perangai clients 😒 Ada clients yang okay and tak nak ambik kisah and ada jugak clients yang perangai macam dia pulak owner company tu padahal kau buat company punya accounts je pun 😠  Oh before that, kerja audit ni kau lebih banyak berkomunikasi dengan orang buat accounts. Dengan directors (Owner company) most of the time orang orang yang buat accounts company diorang tu jadi org ketiga antara auditor and directors. 

Kerja bahagian audit ni, banyak pros and cons. Antara pros dia, ilmu kau makin bertambah, kau boleh buka business sendiri ( sambil buat audit kau boleh 'menyelam' nak pilih clients mana  supply barang  barang bagus dengan harga yang berbaloi πŸ˜› ), habis peak period sumpah kau akan relax gila sampai dah takde kerja nak buat πŸ˜‚

Yes guys, audit ni ada masa dia busy ada masa sampai bosan sebab tak busy hahaha.. Maybe lain firm, lain waktu busy and tak busy dia. Macam dekat tempat aku, waktu peak period akan start dalam bulan Mac - July/Aug and time ni la boleh claim OT MUAHAHAHA 😜 (tak semua firm boleh claim OT so for those yang nak mencari tu, pilih betul betul nak kerja mana and jangan sebab nama firm gah bagai tapi OT takde, memang kau akan menyesal!)

Hidup sebagai seorang auditor ni, kalau kau still single tu, aku sarankan pergi lah company besar sikit senang nak cari jodoh sbbnya kerja audit ni takde maknanya nak merasai teenage life hahaha.. Bukan nak menakutkan tapi ni la kenyataan nya sebab time peak period, balik sampai pukul 11 malam or ada sampai tak balik rumah. Tapi kalau hati kau kental, in sha Allah kau takde rasa menyesal. Macam aku, aku minat buat audit tpi kental mana aku, ada masa masa rasa nk give up but bila fikir balik aku suka buat audit ni, lama lama perasaan tu hilang..
 
Buat audit ni kekuatan fizikal and mental kau kena kuat. Kalau kau jenis yang pemarah macam aku hahahaha, audit ni sesuai la untuk kau belajar tahan marah kau.. Sebabnya macam aku ckp tdi, kerja audit ni cabaran dia kena hadap mcm mcm perangai orang.. Selalunya kau je suka marah org kan, haa kau masuk audit ni aku pulak kena marah and TERPAKSA TAHAN MARAH walaupun dah bengang gila dengan clients. Terpaksa tahan la sebabnya bukan firm kita or bapak kita pny nk marah clients kan hahaha..So biarlah manager or seniors tolong settlekan..

Mula - mula tadi aku cakap orang accounts ni dia gelabah sikit bila dengar perkataan auditor. Nak tahu sebab apa? SEBAB KAMI AKAN 'KEJAR' DIORANG KALAU ADA BENDA YANG KITA ORANG TAK PUAS HATI DENGAN ACCOUNTS DIORANG HAHAHA.. Tapi actually diorang ni tak perlu takut pun dengan auditor sbb kalau kau tak buat salah kenapa kau nak takut iye dok? Kerja audit ni, korang kena banyakkan bersabar yang amat sangat sbb ada sesetengah orang buat accounts ni kerek nak mampus. Kau dah berapa tahun buat accounts and bila auditor mintak smthing tu bagi je lah tpi ada yg banyak songeh tny balik kita 'tahun lepas takde pun mcm ni'.

WEH BUAT AUDIT NI KENA BERTUKAR TUKAR ORANG SETIAP TAHUN..LAIN AUDITOR LAIN LA CARA DIA  APA SUSAH SANGAT NAK BAGI ADUHHH STRESSS
 
So far aku dah bekerja setahun lebih dekat firm aku sekarang. Apa yg aku boleh cakapkan, aku masih suka audit tpi mungkin tk lama la nak kerja bidang audit ni sbb aku baru umur 22 tapi stress dia dh macam ada anak 5 orang ahahahaha..
 
So, I think aku akan stop dekat sini sebabnya ini ialah post pertama aku.. Semua yang aku akan cerita dekat sini tidak akan ditapis pakai ayat baku ke apa sebab aku nak korang baca dengan intonasi aku tengah berborak dengan korang.. Apa yang aku cerita dekat entry ni maybe ada orang lain rasa benda lain tak macam aku. So jangan anggap audit ni stress dia mcm apa jee terus nak lari darin audit.. Nak dibandingkan dengan stress dengan benda yang kau dapat belajar bila kau buat audit, Allahu memang tak ternilai ilmu yg kau akn dapat.
 
So pesanan aku, jangan takut untuk mencuba. Paling penting dalam hidup ni korang kena tahu apa yang korang minat sebab lahirnya ikhlas bila kita suka buat benda tu. Ikhlas ni berat mcm mana kau rasa, Allah akan permudahkan rezeki korang. Jangan fikir kan kata -kata orang sebab yang nak teruskan kehidupan kita sendiri bukannya orang lain. Kalau orang lain hidup senang sbb kerja gah, belum tentu kehidupan dia happy. Apa gunanya kaya raya sampai mati tak habis duit tapi kena bayar cukai tinggi..Betul dak? HAHAHAHA

Konklusinya, kehidupan auditor tidak segah title nya. Auditor orang yang paling stress kau x nampak sebab kami duduk dalam office. Gaji kami tak sepadan dengan stress yang kami perlu hadap. Tapi apa yang audit boleh janjikan, ilmu kau semakin bertambah.

Yang benar,
Si Empunya Blog

 

 
 
 

Comments

  1. Ada jugak klien yg suruh finalkan audit report TANPA BUAT AUDIT......................

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bila Orang Singapore Kahwin

9 Years With Them - Part 1