9 Years With Them - Part 1
KAWAN...
Hi Guysss!! Sorry dah lama tak update sebab almost one month tak update so dalam masa tak update ni aku busy sikit dengan assignments kerja semua so takde masa untuk berfikir n menulis pasal entry kali ini... So, awassss because this time my entry boleh tahan panjang la...
So! Perkenalan aku dengan semua kawan baik yang aku mention dalam entry ni bermula di sekolah.. Iye, di sini la tempat aku berjumpa kawan sebenar yang mana baik buruk perangai semua dah masak and redha ajelah. So, kita orang mula kenal time form 2. Yes guys form 2 baru rapat, pergi kantin makan satu meja, buat perangai sama-sama 😁
Kita orang kenal time form 2 sebab time form 2 ni satu kelas semua budak perempuan. Iye, kita orang punya sekolah asalnya sekolah budak perempuan (previously known as BBGS - tapak Pavilion tgh KL tu dulu BBGS) but since diorg dah tukar ke Taman Shamelin, for 2 years kot diorg remained as girls school lepastu tukar jadi sekolah campur.
Mesti tertanya kan knp kelas aku semua perempuan n kelas lain mcm mana? Aku dulu kelas Berdikari n yes kelas Berdikari satu ni je semua perempuan n I don't know why. For two years ( Form 1 & 2) aku kelas berdikari n memang aku tkde kawan lelaki untuk 2 tahun.
Sebab kan 2 years kelas Berdikari la, aku sampai sekarang takde kwn lelaki sangat padahal mmng nak buat kwn lelaki sebab aku kaki bola n perangai kasar sikit but I don't mind pun sbb kalau tak duduk dalam kelas Berdikari ni, memang tak kan dapat kenal dengan kawan baik yang sekarang ni...
Cerita bermula apabila, my first best friend is Adriana! Sebab apa, sebab masa form 1, aku sama kelas dengan dia n dia kawan first aku.. Dalam kelas actually majority semua dah kenal lama sbb diorang dari sekolah rendah yang sama (Yes, budak sekolah rendah SBU akan terus diserapkan ke sekolah menengah) tapi aku dengan Ad, kita orang ni form 1 baru masuk SBU (SBU ni sekolah ber-prestasi tinggi so siapa students sekolah rendah selain SBU yg dpt results bagus time UPSR, kena isi borang masuk SBU)...
Adriana
Ad ni lah yang tolong ajar aku buat FB weh HAHAHA! Aku pun x berapa ingat kenapa aku mintak dia buatkan FB 😂
So selain Ad, aku pun satu kelas dengan Nabila... Time form 1 kita org tak rapat lagi maybe sebab Nabila ada kawan baik time tu so dia dengan kawan baik dia je la that time.. Cerita form 1 ni tak berapa nk best sangat sbb aku cuma rapat dengan Ad je.. So, bermulanya ada kawan rapat masa form 2...
Masa form 2 ni, aku dengan Nabila still satu kelas. Ad je yg kena pergi kelas lain haha and time ni la mula berkawan dengan Nisa, Aifaa (Epa), Rai & Bella! Masa form 2 ni, aku duduk sebaris dengan Nabila.. Time rehat pun aku rehat dengan Nabila tapi depan aku yg duduk Rai... Rai ni orang nya kelakar yang tk perlu dibuat plus agk nakal la jugak dia ni sbb suka merayap n tak datang sekolah (reason sebab pergi Indon) hahahaha so mmng kita org klau nk throwback balik psl rai ni, asyik ejek je la dia pergi Indon hahahaha.. Rai ni pun dia selalu jadi 'aim' Puan Khalilah 😂 sebab dia selalu x datang kelas hahahaha..
Cerita pasal Epa dgn Ssa (Nisa), diorg ni duduk paling depan sekali, depan pintu masuk.. Dia duduk dua org sebab Epa dgn Ssa ni dh kenal lama n mmng geng since sekolah rendah.. Mula-mula aku ni tengok Ssa memang muka sombong gila n mcm alamak kerek-nya hahahaha! Tapi, bila nk setahun duduk dlm kelas yg sama,baru la tahu dia ni pun boleh tahan gak kelakar n baiknya 😅 Since aku dgn Nabila duduk paling belakang sekali n ada Rai jugak, tmpat belakang ni boleh tahan bising la sbb kuat berborak.. That's why la kot Epa dgn Ssa suka pergi belakang n join sekali hahaha.. Haaa yg Bella pulak,aku tk ingat n dia pun x ingat duduk sebelah siapa 😂 Bella ni aku tak ingat mcm mana dia boleh terjebak dengan kita orang hahaha..Tapi kata Bella, dia kenal aku time dekat library (padahal satu kelas)😁
Masa form 2 ni, betapa hargainya kita org dgn friendships ni, kita org wujudkan group ' Fanolusia' hahahaha! Imaginasi kita org ni punya la merepek sampaikan ada satu tahap tu plan masing - masing buat rumah sendiri atas satu tanah and ada slide yg connect to each other punya rumah la (apa benda siaaa fikiran mcm ni) hahahaha! Tak habis di situ je sebab nya ada plan nk buka airlines sendiri pulekkk ahahaha! Oh ye, masa form 2 ni la kenal Sarah jugak.. Sarah ni cousin Nabila tapi x sama kelas dgn kita org so klau kita org nk keluar, Nabila ajak Sarah sbb Sarah time sekolah memang duduk rumah Nabila senang hantar n balik sama-sama...Masa Form 2 ni la kita org start keluar sama -sama and our first activity we did together was ice-skating ! *nak masuk gambar time ada Rai tapi time tu ada orang tak pakai tudung*
So, masuk form 3 pulak, aku, Nabila, Epa, Ad, Ssa dengan Bella satu kelas..Iye guys dari sini la semua orang bertemu 😂 n we start create our own memories till now cehhhh... Form 3 ni pun aku dh start bercampur dengan kwn -kwn lelaki sbb form 3 ni aku masuk kelas yg campur laki pompuan.. Masa Form 3 ni mmng benda kelakar bnyak berlaku... Time ni pun Ad dh mula start berkawan dengan Epa, Ssa, Nabila dgn Bella.. Masa ni la benda merepek and perangai memasing dah tunjuk hahahaha! But sedihnya masa form 3 ni, Rai kelas lain n sekejap je dia dekat SBU tu sbb dia pindah London ikut kakak dia yg sambung belajar..Time ni jugak la Rai post gambar dia dgn Harry Styles (time tu x tahu siapa One Direction pastu few years later aku baru teringat n godek FB Rai, baru tahu gambar dulu tu dia dengan Harry god damn it! 😭
Muka semua selenge (Hari apa aku tak ingat)
From left : Nabila, Bella, Epa, Me, Sarah, Pipah, Ad
So, form 4 pulak, aku start rapat dengan Sarah sbb dri form 4 smpai form 5 aku satu kelas dengan dia.. Kita org aliran accounts meanwhile, Ad denga Bella satu kelas (aliran sains + accounts/lukisan kejuretaraan *tak ambik bio*) n Epa dgn Nabila aliran sains *ambik bio* ... Masa form 4 ni Ssa takde sebab dia tukar prgi sains seri puteri but kita org still contact each others la... Time form 4 ni la pun baru rapat dengan Pipah sbb time kelas agama, aku dengan Sarah kena combine kelas dengan kelas Pipah.. Pipah ni satu kelas dengan Ad n Bella...
Nak cerita pasal form 4 & 5 ni terlalu banyak sangat memories... Paling best memories pasal tuisyen dengan cikgu shah HAHAHAHAHA! Actually aku takde banyak tahu apa yg terjadi time tuisye sbb aku x join... Mahal! Diorg join utk subjects chemist, physic dgn +maths so buat apa aku nk pergi kan sbb tak ambik wlaupun aku ambik subjects +maths... Pasal tuisyenn dengan cikgu shah ni lawak sbb yg selalu kena Sarah... Setiap kali kalau kita org jumpa mesti kena throwback pasal cikgu shah hahahaha! Okay tiba pulak hari keputusan SPM... Kau bayangkan,SPM bukan hari yg sedih bagi aku sebab aku, Nabila, Bella, Aifaa, Ad dgn Ssa dapat jumlah A yg sama !HAHAHAHA! (Out of 10 subjects, we all got 5As)... Allahu memang betul kwn baik 😂 After keputusan tu, kau bayangkan kita org pergi makan dkt Chillis sama sama semua sbb kata mak Bella ' jom tenang kan diri masing-masing' hahahaha!
Majlis doa selamat SPM
So lepas SPM, kehidupan macam biasa budak menganggur pergi ambik lesen kereta, time ni la belajar ber-fashion but malangnya aku terpilih untuk PLKN... Bagi aku tak malang la sebab aku takde hal buat aktiviti lasak semua plus time tu pulak baru putus cinta so acah acah la harapan boleh lupakan ex hahahahaha!
Muka selepas aku balik PLKN n depa tak tahu la apa yg diorg buat dekat rumah sampai jadi macam tu hahaha! (Sorry Nabila n Ssa 😅 )
Okay la aku rasa tak perlu kot nak cerita meleret pasal zaman lepas SPM sampai la ni.. Apa yg aku boleh cakap, aku sangat berbannga dengan diorg... Alhamdullilah memasing sekarang semuanya dapat sambung belajar, dapat boyprend yang molek molek (me, Nabila and Ssa je tak single hahahaha)... Diorg semua full time students meanwhile aku sorang je yg bekerja dan belajar... Tak sabar nak tengok memasing semua menjadi wanita yg bekerjaya 💖👄
I think this time sampai sini sahaja... BUTTTT nantikan next entry 9 Years With Them - Part 2 di mana aku akan merungkai setiap perangai diorg muahahahaha 😎 PLUSSS akan ada video diorg buat persembahan 'WAKAKAKA - SHAKIRA' sementara tunggu cikgu Shah HAHAHAHA 😁
The quality of this video is bad sebab kena kecik-kan size video 😭
Comments
Post a Comment